Friday, April 22, 2011
keikhlasan suami
haritu terdetik hati nak layari blog ustaz hazrizal,dalam dok cari-cari artikel yang sedap dibaca,tibe-tibe terjumpa satu artikel yang begitu menyentuh hati,ada satu perenggan tu die menceritakan bagaimana qanaahnye dan ikhlasnye suami tu didalam rumah tangga.ayatnya berbunyi begini " ya,saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima,saya berumah tangga kerana mahu memberi,memberi kasih sayang,memberi perhatian,memberi nafkah,dan memberi kebaikan.Semuanya itu adalah peranan saya didalam rumah tangga,dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri,semuanya mengundang rasa syukur walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu.woish,kata-kata yang menusuk kalbu.aku nak pegang kata-kata ni sampai aku ke liang lahad,ayat-ayat ni banyak megubah cara aku berfikir untuk mejadi seorang suami yang baik terhadap isterinya.ayat-ayat ini menceritakan bagaimana seorang suami itu memerah segala keringat serta tenaganya untuk memberi yang terbaik untuk isteri serta keluarga barunya,dan dia tidak pernah mintak ape2 pun dari isterinya dan kalaulah pada haritu hanya senyuman sahaja yang dapat diberikan oleh isterinya kepada die,maka die menganggap itu suatu rezeki dan amat bersyukur baginya diatas nikmat itu.hoho,pergh semangat aku nak jadi suami yang baik,kalau ada rezeki la.sekarang tengah mood baitul muslim,nanti dok sebok dengan ssm pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perghh..giler kentang..hehe
ReplyDeletemak aku pernah cakap, manusia slalu ingatkan perkahwinan bermula dngn percintaan..tpi x, ia bermula dngn kepercayaan...kepercyaan ibu bpa yng anaknya bersedia, kpercyaan ibu bapa si dara, yng teruna mampu membhgiakan anaknya, kepercayaan si dara, yang teruna itu bapa terbaik untk anak2nya, dan kepercyaan si truna yang si dara mmpu membahgiakannya..hehe..ingt tue ye pidot..perkahwinan itu kepercayaan..
ReplyDelete