Saturday, August 6, 2016

aihhh,dah pukul 2.36 pagi,tak boleh tidur.pusing kiri kanan,pandang dinding,hmmm x boleh tidur jugak.mungkin sebab kerja shift kot,malam kemana,siang pun dah kemana.Dah berbulan-bulan macam ni,sakit kepala dibuatnye.lapar pulak tu,kentang goreng dah keluarkan dari peti ais,maunye tak gile goreng fries pagi-pagi buta.dah lapar der.huhu.besok kayuh beskal xpe,hihi. Ni je la masa untuk diri sendiri,pagi sampai malam memang sibuk layan kerenah isteri dengan anak-anak.walaupun pun kadang-kadang tu dah tahap malas gile,buat jugak la dah tanggung jawab namenye.'abang tolong ambik barang dalam kereta','abi umar yak ni',yang kecik skali'waaaaaaaaaaaaaaaaaaa,nangis je la yang si Iman ni tau'.ape-ape pun aku cube nak jadi yang terbaik. tulis blog ni pun sebenarnye nak try muhasabah diri ni balik,sikap aku waktu kerja,dalam rumah tangga,dan cara aku didik anak-anak.mase belum kawin nampak senang,bile dah terjun,hmmmmmm memang susah.kerja je dah makan banyak energy,kat rumah memang melepek terus.kadang-kadang tu terabai jugak la.besok cuti,yahooo,jadikan ia hari terbaik,cakap lemah lembut dengan isteri,tak nak marah anak-anak,nak solat awal waktu,ngn solat duha,plus bace quran.moge Allah permudahkan urusan ku dan sahabat2ku.kbaiii


ni wife tengah pergi kursus kat melaka,nasib baik umar dah tido,sedap sikit letak kepala,sikecik ni tak tido lagi.ape2 pun baring jap,karang dua2 ni dah start main,memang syahdu rumah ni dibuatnye

Monday, April 27, 2015

selepas solat maghrib,tiba-tiba terasa nak tulis blog.last tulis blog pun waktu medical student dulu,sekarang dah khawin dah ade anak sorang pun.sekarang dah jadi doktor,doktor bahagian kecemasan hospital muar. kehidupan sebagai seorang doktor,suami,dan ayah cukup memcabar. setiap hari pasti berliku-liku dan cabarannya sentiasa baru.aku sekarang doktor biase-biase je,tak terfikir nak sambung pun. tapi cita-cita aku nak berkhidmat untuk rakyat terutama orang-orang kampung.impian aku ni pelik sikit,kalau diizinkan Allah. aku nak jadi doktor di klinik kesihatan,weekday merawat pesakit diklinik,weekend buat home visit ke rumah pesakit yang memerlukan rawatan sambil naik motor dengan galas beg ubat.huhu.aku nak guna duit sendiri dan kalau ade orang kampung yang nak membantu dari segi dana,aku alu-alukan.itulah impian aku,aku nak buat home visit untuk physio,rawatan dan cucian luka,dan pastikan diorang makan ubat.(buat jadual ubat diorang).dan kalau aku duduk klinik kampung,aku nak buat usrah dengan budak-budak sekolah,nak didik diorang jadi budak baik.maklumlah budak peneroka ni degil-degil blaka.itu serba sedikit cita-cita ku ini.simple je,tapi aku rasa ini yang paling terbaik,semoga Allah bantu aku dan keluarga aku.aminnnnn

hehe,ni gambor muda-muda dulu,waktu tunang dengan dr hayat





ni gambar terbaru,cute tak








Wednesday, January 22, 2014














kerja harus bersemangat,biarpun masih pudar masa depan mu, tetap harus bersemangat.
"Allah,aku bekerja keranamu ya Allah."

Wednesday, November 30, 2011

Azam



Bersempena tahun baru islam ni,ana ada pasang niat. kalau diizinkan Allah s.w.t, ana nak belajar 3 buah kitab, kitab minyatul musolli, faridatul faraid, dan penawar bagi hati. Ana tahu, dalam azam tahun baru ni pasti terselit mehnah yang paling ana takuti, TAK ISTIQAMAH.huhu, penghancur segala keazaman. Moge Allah s.w.t membantu ana untuk berhijrah.Ana nak jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.Walaupun ana tahu,ada suatu ketika ana pasti akan tumbang,ana tak akan jemu dan letih untuk bangun balik,sampai la ana mati nanti.Haha,syaitan letih la korang. Harap-harap Allah s.w.t permudahkan ana untuk mencari ilmu, dan permudahkan jua untuk ana berdamping dengan orang yang suka mencari ilmu.Ana harap juga,suatu ketika nanti,Allah s.w.t bukakkan sedikit ruang untuk ana mengajarkan ilmu ni kepada orang lain.

Saturday, May 14, 2011

Ambik dari facebook. Tapi rasenya banyak benda yang bole dihadam pelan-pelan.


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Wednesday, May 11, 2011

syaitan


Nafsu jiwa yang membuncah,
Menutupi mata hati,
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti,

Petikan dari lirik lagu "astaghfirullah opick"

Tindakan syaitan serta sahabatnya nafsu penuh berstrategi, pada mulanya hati makhluk ini sangat utuh kebergantungannya kepada Tuhan, tiada siapa yang dirasakan mampu mengoncangkan akidahnya, bahkan disaat itu syaitan berteluku kepeningan bagaimana mahu diputar belitkan pegangan makhluk ini. Lumrah akan setiap makhluk itu,dijadikan ia dengan seribu satu kelemahan,asbab dengan kelompongan inilah,syaitan mula mengatur langkah,langkahnya tersusun,ideanya diolah-olah dengan pelbagai bentuk serta cara,matlamatnya satu,biar makhluk ini terperosok jauh ke lembah pengkhianatan kepada tuhannya.sampai saatnya,maka bermulalah rancangan keji serta busuk ini,dicarik perlahan-lahan hati makhluk ini dengan keseronokan duniawi,dibelai perasaan makhluk ini dengan keenakan harta dan wanita.kadang-kadang ia teringatkan tuhannya,kadang-kadang ia terlupakan tuhannya.begitulah keadaanya sehinggalah tiada apa yang ditinggalkan oleh hatinya kecuali tompok noda yang kian kejap serta utuh menjalarnya.tiadalah ungkapan yang mampu diucapkan oleh syaitan kecuali hilai tawanya,hatinya puas,puas dapat merosakkan serta merenyukkan hati anak adam yang dinamakan manusia ini.
"Ya Allah mohon izinmu diberi kekuatan untuk melawan godaan syaitan"

Tuesday, April 26, 2011

munyatul musolli 1

seronok dapat menadah kitab tapi secara online je la.adoai mintak2 la istiqamah lama2 skit.bukan apa kalau bole nak jugak sampai alim dalam bab yang dipelajari.nanti bole la nak ajarinnya kat mak,abah,keluarga,kalau ade rezeki lebih skit,bole ajar kat isteri ngn anak2 sekali.


munyatul musolli (sesuatu yang amat dikehendaki oleh orang yang bersembahyang)
kuliah ni disampaikan oleh ustaz harun din,bukan aku yang olah sendiri

Hadis Nabi Muhammad S.A.W :

Allah telah menjadikan kita orang-orang yang sentiasa mengekalkan sembahyang lima waktu dan mendirikannya dengan khusyuk serta mengekalkannya(bila selesai satu sembahyang ingin mengerjakan sembahyang yang lain pula).Dengan cara itulah Allah menyuruh sekalian hambaNya yang mu'min didalam kitabnya dan dengan itulah Allah menyifatkan mereka dengan berfirman :

Peliharalah sembahyang lima waktu dan sembahyang Wusta serta dirikanlah dengan penuh taat untuk Allah,
ayat 238 surah albaqarah.

Didalam konteks ini khusyuk yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bermaksud tetap hatinya serta diam anggotanya didalam solat.Diceritakan didalam sebuah kisah, Nabi Muhammad S.A.W telah melihat seorang sahabat yang sedang solat sambil tangannya menggaru-garu serta memegang-megang.Lalu Nabi berkata kepada sahabatnya"seseorang  kalau bersembahyang itu khusyuk hatinya,mestilah anggotannya juga khusuk".Pernah juga digambarkan jikalau Ali bersembahyang,diamnya Ali itu sehinggakan ada burung yang bertenggek di tubuh badannya.Yang dimaksudkan dengan mengekalkannya pula ialah tidak pernah putus- putus sembahyangnya,dan tanda-tanda bagi orang yang khusyuk serta mengekalkannya sembahyangnya ialah akan terdetik rasa cinta didalam hati hamba Allah ini untuk mengerjakan solat yang seterusnya.Sebagai contoh seusai solat subuh maka tidak sabar baginya untuk mengerjakan solat zohor,dan begitulah seterusnya

to be continued.............
amal mana yang mampu dulu..