Tuesday, April 26, 2011

munyatul musolli 1

seronok dapat menadah kitab tapi secara online je la.adoai mintak2 la istiqamah lama2 skit.bukan apa kalau bole nak jugak sampai alim dalam bab yang dipelajari.nanti bole la nak ajarinnya kat mak,abah,keluarga,kalau ade rezeki lebih skit,bole ajar kat isteri ngn anak2 sekali.


munyatul musolli (sesuatu yang amat dikehendaki oleh orang yang bersembahyang)
kuliah ni disampaikan oleh ustaz harun din,bukan aku yang olah sendiri

Hadis Nabi Muhammad S.A.W :

Allah telah menjadikan kita orang-orang yang sentiasa mengekalkan sembahyang lima waktu dan mendirikannya dengan khusyuk serta mengekalkannya(bila selesai satu sembahyang ingin mengerjakan sembahyang yang lain pula).Dengan cara itulah Allah menyuruh sekalian hambaNya yang mu'min didalam kitabnya dan dengan itulah Allah menyifatkan mereka dengan berfirman :

Peliharalah sembahyang lima waktu dan sembahyang Wusta serta dirikanlah dengan penuh taat untuk Allah,
ayat 238 surah albaqarah.

Didalam konteks ini khusyuk yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bermaksud tetap hatinya serta diam anggotanya didalam solat.Diceritakan didalam sebuah kisah, Nabi Muhammad S.A.W telah melihat seorang sahabat yang sedang solat sambil tangannya menggaru-garu serta memegang-megang.Lalu Nabi berkata kepada sahabatnya"seseorang  kalau bersembahyang itu khusyuk hatinya,mestilah anggotannya juga khusuk".Pernah juga digambarkan jikalau Ali bersembahyang,diamnya Ali itu sehinggakan ada burung yang bertenggek di tubuh badannya.Yang dimaksudkan dengan mengekalkannya pula ialah tidak pernah putus- putus sembahyangnya,dan tanda-tanda bagi orang yang khusyuk serta mengekalkannya sembahyangnya ialah akan terdetik rasa cinta didalam hati hamba Allah ini untuk mengerjakan solat yang seterusnya.Sebagai contoh seusai solat subuh maka tidak sabar baginya untuk mengerjakan solat zohor,dan begitulah seterusnya

to be continued.............
amal mana yang mampu dulu..



Friday, April 22, 2011

keikhlasan suami


haritu terdetik hati nak layari blog ustaz hazrizal,dalam dok cari-cari artikel yang sedap dibaca,tibe-tibe terjumpa satu artikel yang begitu menyentuh hati,ada satu perenggan tu die menceritakan bagaimana qanaahnye dan ikhlasnye suami tu didalam rumah tangga.ayatnya berbunyi begini " ya,saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima,saya berumah tangga kerana mahu memberi,memberi kasih sayang,memberi perhatian,memberi nafkah,dan memberi kebaikan.Semuanya itu adalah peranan saya didalam rumah tangga,dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri,semuanya mengundang rasa syukur walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu.woish,kata-kata yang menusuk kalbu.aku nak pegang kata-kata ni sampai aku ke liang lahad,ayat-ayat ni banyak megubah cara aku berfikir untuk mejadi seorang suami yang baik terhadap isterinya.ayat-ayat ini menceritakan bagaimana seorang suami itu memerah segala keringat serta tenaganya untuk memberi yang terbaik untuk isteri serta keluarga barunya,dan dia tidak pernah mintak ape2 pun dari isterinya dan kalaulah pada haritu hanya senyuman sahaja yang dapat diberikan oleh isterinya kepada die,maka die menganggap itu suatu rezeki dan amat bersyukur baginya diatas nikmat itu.hoho,pergh semangat aku nak jadi suami yang baik,kalau ada rezeki la.sekarang tengah mood baitul muslim,nanti dok sebok dengan ssm pulak.