Saturday, March 19, 2011
Menangis Takutkan Allah 2
Neraka merupakan tempat dimana Allah s.w.t mengazab hamba-hambanya yang berbuat dosa. Diceritakan bahawa setiap kali api menyambar kulit serta daging mereka maka bergugurlah ia dari tulang sehingga mereka berubah menjadi makhluk yang sangat hodoh. Bibir bahagian atas akan menjulur hingga ke leher manakala bibir dibahgian bawah akan menjulur sehingga ke pusat. Nauzubillah!. Tubuh-tubuh ahli neraka akan dibesarkan seperti mana didalam hadis al-tirmizi daripada abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:"gigi geraham seorang kafir pada hari kiamat sebesar gunung uhud,pahanya sebesar gunung al-Baida dan tempat duduk di neraka seluas perjalanan tiga hari ke al-rabazah. Tubuh mereka sengaja dibesarkan supaya azab yang ditanggung menjadi lebih pedih. Bagi orang kafir tiadalah jalan keluar mereka dari neraka itu, jeritan serta tangisan mereka tiada hentinya. Maka banyak-banyakkan lah bersyukur kita kepada Allah kerana diberi nikmat iman dan islam, mudah-mudahan ia menjadi perisai kita dihari kiamat. Maka berbuatlah bermacam-macam kebajikan tidak kira kecil(memberi sedekah senyum kepada sahabat) mahupun besar(keluar berjihad dijalan Allah). Mudah-mudahan ia dapat menyelamatkan kita dari azab Allah s.w.t yang maha dasyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment