Saturday, May 14, 2011

Ambik dari facebook. Tapi rasenya banyak benda yang bole dihadam pelan-pelan.


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Wednesday, May 11, 2011

syaitan


Nafsu jiwa yang membuncah,
Menutupi mata hati,
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti,

Petikan dari lirik lagu "astaghfirullah opick"

Tindakan syaitan serta sahabatnya nafsu penuh berstrategi, pada mulanya hati makhluk ini sangat utuh kebergantungannya kepada Tuhan, tiada siapa yang dirasakan mampu mengoncangkan akidahnya, bahkan disaat itu syaitan berteluku kepeningan bagaimana mahu diputar belitkan pegangan makhluk ini. Lumrah akan setiap makhluk itu,dijadikan ia dengan seribu satu kelemahan,asbab dengan kelompongan inilah,syaitan mula mengatur langkah,langkahnya tersusun,ideanya diolah-olah dengan pelbagai bentuk serta cara,matlamatnya satu,biar makhluk ini terperosok jauh ke lembah pengkhianatan kepada tuhannya.sampai saatnya,maka bermulalah rancangan keji serta busuk ini,dicarik perlahan-lahan hati makhluk ini dengan keseronokan duniawi,dibelai perasaan makhluk ini dengan keenakan harta dan wanita.kadang-kadang ia teringatkan tuhannya,kadang-kadang ia terlupakan tuhannya.begitulah keadaanya sehinggalah tiada apa yang ditinggalkan oleh hatinya kecuali tompok noda yang kian kejap serta utuh menjalarnya.tiadalah ungkapan yang mampu diucapkan oleh syaitan kecuali hilai tawanya,hatinya puas,puas dapat merosakkan serta merenyukkan hati anak adam yang dinamakan manusia ini.
"Ya Allah mohon izinmu diberi kekuatan untuk melawan godaan syaitan"